Tuesday 8 March 2016

SENYUM #2

Kita mungkin tak sedar tentang perkara pertama yang kita lakukan bila terjaga dari tidur. Bila menjadi orang pertama yang akan terjaga dari tidur di rumah atau asrama, kita akan melihat pelbagai reaksi manusia bila tersedar dari tidur. Ada yang mengeluh, ada yang marah, ada yang kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu atau mungkin merancang aktiviti seharian. Tapi berapa ramai di antara kita bila terjaga dari tidur terus tersenyum dan bersyukur? Orang mungkin akan kata kita gila dan pelik. Tapi mereka takkan rasa kebahagiaan yang kita rasa. Terjaga dalam keadaan lupa segala masalah yang sedang kita hadapi. Indah...

Monday 7 March 2016

SENYUM #1

Akan ada saat kita tak mampu tersenyum bila apa yang kita harapkan tidak berlaku. Kita marah dan rasa teraniaya. Kita akan persoalkan banyak perkara dan antara soalan yang akan timbul dalam fikiran kita adalah "Apa yang kita lakukan sehingga apa yang kita harapkan tak terjadi? Adakah semuanya yang berlaku kerana kesalahan kita sendiri? Adakah kita pernah membuat harapan orang lain hancur seperti yang terjadi pada diri kita sendiri?" Kita tak mampu untuk mengaku kesalahan kita kerana sifat manusia tidak suka rasa bersalah. Saat itu kita akan belajar memaafkan diri sendiri, tenangkan hati dengan meminta kepada Tuhan agar diampunkan segala dosa. Kita juga akan memaafkan orang lain secara tidak langsung dan kita akan mampu untuk senyum kembali.